"doa adalah senjata bagi mukmin" inilah suatu kalimat yang dipegang oleh segenap umat Islam di dunia ini . berdoa adalah otak ibadat. begitu besarnya kedudukan doa , lagi banyak kita meminta kepada Allah lagi kita disayangi Allah. ianya berbeza dengan manusia, lagi kita minta kepadanya lagi dibenci dan dimaki seterusnya dicaci..itulah yang dinamakan manusia. Aku sendiri pun bengang klu org suka minta2 ni., klu minta utk kebaikan tu lain cerita, (ni mcm budk bangla yg jual keychain tu,klu xnak beli siap dia paksa2 plak tu..eeee..usaha sendiri xnak. itulah yang membezakan manusia dan Penciptanya..baru-baru ni, aku ade terbaca satu keratan dalam Metro mengenai tazkirah remaja oleh ust Zawawi Yusoh yang bertajuk waktu mustajab berdoa.so... aku cuba beramal dengan apa yang dijelaskan dan aku dapat rasakan apa yang aku minta tu Alhamdulillah termaqbul ckit ..yelaa aku ni bukannya 'abid atau wali bila berdoa klu xsemua pun 90% drpd apa yang diminta tu maqbul. .aku ni hamba Allah yang hina , jahil lagi banyak dosa.huhu.
antara waktu mustajab doa ialah waktu sepertiga malam iaitu waktu terakhir , ketika orang lain nyenyak tidur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :" Allah akan turun di setiap malam pada langit yang terendah iitu ketika sepertiga malam terakhir lalu dia berfirman "sesiapa yang berdoa kepadakau aku kabulkan .siapa yang meminta kepadaku aku berikan dan sesiapa yg memohon ampun kepadaku aku ampunkannya(hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
waktu antara azan dan Iqamah antara waktu yang mustajab doa. sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan oleh sesetengah ornag Islam. selain pada itu, waktu sujud antara waktu yang mustajab doa. ianya sama ada sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. spt sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. dalilnya hadis Abu Hurairah r.a, bhwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda "kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya ialah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa(riwayat muslim)
selepas solat fardhu. iaitu selepas kita mengerjakan solat yang wajib lima waktu termasuk solat jumaat. Allah berfirman maksudnya " dan bertasbihlah kamu di malam hari dan setelah selesai solat."(Qaf : 40) oleh itu, Imam Syafi'e menganjurkan bagi imam dan makmumnya serta org yg solat sendirian memperbanyakkan zikir,wirid dan doa selepas selesai solat fardhu.
pada waktu khusus, iaitu pada satu detik pada setiap malam dan hari jumaat. hadis Abu Hurairah r.a. pernah menyebut tentang hari Jumaat dengan sabdanya : " di dalamnya ada satu saat (yang mustajab) tidaklah seorang muslim yang kebetulan waktu itu mendirikan solat(atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu hajat melainkan Allah pasti mengabulkan permintaannya.Nabi mengisyaratkan dgn tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu. di dalam hadis muslim dan Abu Daud dijelaskan:" iaiu waktu antara duduknya imam(khatib) sehingga selesai solat( jumaat)". Inilah riwayat yang paling soheh dalam hal ini. wallahua'lam..mudah2an kita dapat mengambil manfaat sedikit sebanyak dan beramal seterusnya kita dapat sampaikan kpd orang lain.
TAHNIAH PAK LONG. SELAMAT PENGANTIN BARU.MOGA KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU.AMIIIIIIINNNNN
Masa aku p kenduri tu pun dah petang dah.tp mmg dirancang pun, sebabnya klu p waktu tgh crowd tu memang xsempat laa nak bermesra dgn pengantin baru tu. maklumlaa dah jadi raja sehari. oklaa tu, dah 30 tahun pun paklong memper"bujang"kan dirinya(double meaning tu).dah memang ranum sangat laa kalau nak diibaratkan dengan buah cempedak.huhu.Tapii, dengar org kata "paklong xnampak mcm 30 tahun, nampak mcm 23 ja". huh...bertuah laa kak Syidah. Sepertimana mafhum ayat Quran,
"perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik"......
syukurlaa..jodoh dah sampai. InsyaAllah nanti aku plak. sama-sama laa kita doakan mudah2an rezeki murah dan dipertemukan jodoh secepat mungkin..huhu.wallahua'lam.
Ini jelas apabila kita dapati Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Munyat al-Musalli (hal 18) menyebut mengenai amalan menyapu muka selepas menunaikan solat seperti berikut:
" ...Adapun sunat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: "Bismillahi ladhi la ilah illa huwa al-rahman al-rahim Allahumma adhhab 'anni al-hamm wa al-hazan" [Maksudnya, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kerunsingan dan kedukaan].
Kitab karangan Syaikh Daud adalah sumber utama rujukan perihal cara solat. Ia termasuk kitab fiqah ibadat mengikut mazhab Shafie .

...Adapun sunnat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w. apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: "Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kebingungan (stress) dan kedukaan."( بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم. اللهم اذهب عني الهم و الحزن )
Abu Hurairah berkata, "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku."
Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Banyak lagi hadis yang menceritakan hal mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan bahawa mimpi sedemikian adalah berlaku dan ia adalah benar. Hadis-hadis Nabi yang menceritakan perihal mimpi bertemu dengan Nabi s.a.w., disebut dengan jelas mafhumnya, "seolah-olah dia melihatnya dalam keadaan jaga" memberi erti, itu adalah Rasulullah yang sebenar.
Rasulullah s.a.w. yang sebenar, warna kulitnya bukan bersawo matang. Tetapi berkulit cerah, yang sedikit kemerah-merahan, cantik orangnya.hadis-hadis banyak menceritakan perihal mimpi bertemu Rasulullah, merujuk kepada keyakinan diri yang bermimpi itu amat meyakini di hadapannya adalah Rasulullah sebenar. Ada pun jika ada orang lain yang memberitahunya, itu adalah Rasulullah, timbul persoalan, siapakah orang itu? Bolehkah perkhabarannya diterima.
Nabi Muhammad adalah insan kamil, sifat asasinya memenuhi segala kesempurnaan insan. Tiada sebarang kekurangan dalam kisah mimpi seperti yang kita pernah dengar "melihat Rasullullah saw dalam keadaan yang agak pelik dan sukar untuk meyakini bahawa apa yang dilihat di dalam mimpi tersebut adalah Rasullaullah saw" . Namun begitu, tentulah mimpi tersebut lebih baik daripada mimpi yang bukan-bukan, yang pernah menjadi mainan tidur. Amat beruntung bagi sesiapa yang pernah bermimpi bertemu Rasulullah saw dengan keyakinan yang sebenar itu adalah Rasulullah saw.
Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana-sini. Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak!
Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya. Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta! Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.
“Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah-tangga. Ingat tu!
Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis. Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina.
Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap. Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betul kan ya syabab?
“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32).
Nah, Allah telahpun memberi jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai??
Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:
“Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.”
Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:
“Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).
Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,
“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan.”
Kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.
“Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).
“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).
“Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka berpuasalah.” (HR Bukhori).
Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai Abu Abdul Rahman;mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"
Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;
"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh Rasullulah saw kepada kami "
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)
Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .
Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"
p/s : bersegeralah " mendirikan masjid " kerana ia memberi ketenangan hati.
~Khalifah Allah~
Sesunguhnya orang-orang yg mnyatakn:"Rabbi Kami ialah Allah",kemudian mreka meneguhkan pendirian mereka,maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):"janganlah kamu berasa takut & berasa sedih..." (Fushshilat ; 30)