MENYAPU MUKA SELEPAS MEMBERI SALAM

Ia termasuk dalam perkara sunat dan begitu dengan wirid selepas solat. Ia tidak dibuat semata-mata menambah-nambah atau memandai-mandai saja.Semua amalan Islam terutama dalam ibadat dan sebagainya merujuk sumber hukum iaitu al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas.

Ini jelas apabila kita dapati Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Munyat al-Musalli (hal 18) menyebut mengenai amalan menyapu muka selepas menunaikan solat seperti berikut:

" ...Adapun sunat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: "Bismillahi ladhi la ilah illa huwa al-rahman al-rahim Allahumma adhhab 'anni al-hamm wa al-hazan" [Maksudnya, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kerunsingan dan kedukaan].

Kitab karangan Syaikh Daud adalah sumber utama rujukan perihal cara solat. Ia termasuk kitab fiqah ibadat mengikut mazhab Shafie .

...Adapun sunnat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w. apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: "Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kebingungan (stress) dan kedukaan."
( بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم. اللهم اذهب عني الهم و الحزن )

1 comments:

Asqalani said...


This comment has been removed by a blog administrator.


Post a Comment