MIMPI JUMPA RASULULLAH S.A.W

Dalam suatu hadis riwayat Abu Hurairah r.a (mafhumnya): "Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mimpi manusia ada tiga jenis. Satu, mimpi-mimpi baik lagi benar (rukyaa sadiqah), kedua, mimpi gangguan syaitan dan yang ketiga, mimpi sebagai mainan tidur atau menggigau."Mimpi benar memang wujud dan boleh berlaku, dengan izin Allah SWT. Mimpi benar, khususnya bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. boleh digolong dalam erti mimpi anugerah Allah kepada seseorang.

Abu Hurairah berkata, "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku."

Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Banyak lagi hadis yang menceritakan hal mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan bahawa mimpi sedemikian adalah berlaku dan ia adalah benar. Hadis-hadis Nabi yang menceritakan perihal mimpi bertemu dengan Nabi s.a.w., disebut dengan jelas mafhumnya, "seolah-olah dia melihatnya dalam keadaan jaga" memberi erti, itu adalah Rasulullah yang sebenar.

Rasulullah s.a.w. yang sebenar, warna kulitnya bukan bersawo matang. Tetapi berkulit cerah, yang sedikit kemerah-merahan, cantik orangnya.hadis-hadis banyak menceritakan perihal mimpi bertemu Rasulullah, merujuk kepada keyakinan diri yang bermimpi itu amat meyakini di hadapannya adalah Rasulullah sebenar. Ada pun jika ada orang lain yang memberitahunya, itu adalah Rasulullah, timbul persoalan, siapakah orang itu? Bolehkah perkhabarannya diterima.

Nabi Muhammad adalah insan kamil, sifat asasinya memenuhi segala kesempurnaan insan. Tiada sebarang kekurangan dalam kisah mimpi seperti yang kita pernah dengar "melihat Rasullullah saw dalam keadaan yang agak pelik dan sukar untuk meyakini bahawa apa yang dilihat di dalam mimpi tersebut adalah Rasullaullah saw" . Namun begitu, tentulah mimpi tersebut lebih baik daripada mimpi yang bukan-bukan, yang pernah menjadi mainan tidur. Amat beruntung bagi sesiapa yang pernah bermimpi bertemu Rasulullah saw dengan keyakinan yang sebenar itu adalah Rasulullah saw.

0 comments:



Post a Comment