TAHNIAH PAK LONG. SELAMAT PENGANTIN BARU.MOGA KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU.AMIIIIIIINNNNN


Assalamu'alaikum.buat semua teman2 yang mengenali paklong Fikri xterlalu lewat untuk kita mengucapkan selamat pengantin baru kpdnya.aku ni pun dh t'lewat publish dalam blog ni.td tgk2 dalam laptop ade laa sekeping gambaq yang sempat ditangkap bersama paklong. Tu je gambar yang ade. dah petang pun masa tu. whatever, late better than never...
Masa aku p kenduri tu pun dah petang dah.tp mmg dirancang pun, sebabnya klu p waktu tgh crowd tu memang xsempat laa nak bermesra dgn pengantin baru tu. maklumlaa dah jadi raja sehari. oklaa tu, dah 30 tahun pun paklong memper"bujang"kan dirinya(double meaning tu).dah memang ranum sangat laa kalau nak diibaratkan dengan buah cempedak.huhu.Tapii, dengar org kata "paklong xnampak mcm 30 tahun, nampak mcm 23 ja". huh...bertuah laa kak Syidah. Sepertimana mafhum ayat Quran,
"perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik"......
syukurlaa..jodoh dah sampai. InsyaAllah nanti aku plak. sama-sama laa kita doakan mudah2an rezeki murah dan dipertemukan jodoh secepat mungkin..huhu.wallahua'lam.

MENYAPU MUKA SELEPAS MEMBERI SALAM

Ia termasuk dalam perkara sunat dan begitu dengan wirid selepas solat. Ia tidak dibuat semata-mata menambah-nambah atau memandai-mandai saja.Semua amalan Islam terutama dalam ibadat dan sebagainya merujuk sumber hukum iaitu al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas.

Ini jelas apabila kita dapati Syaikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam kitabnya Munyat al-Musalli (hal 18) menyebut mengenai amalan menyapu muka selepas menunaikan solat seperti berikut:

" ...Adapun sunat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: "Bismillahi ladhi la ilah illa huwa al-rahman al-rahim Allahumma adhhab 'anni al-hamm wa al-hazan" [Maksudnya, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kerunsingan dan kedukaan].

Kitab karangan Syaikh Daud adalah sumber utama rujukan perihal cara solat. Ia termasuk kitab fiqah ibadat mengikut mazhab Shafie .

...Adapun sunnat yang dikerjakan kemudian daripada sembahyang, maka adalah Nabi s.a.w. apabila selesai daripada sembahyang menyapu dengan tangannya di atas kepalanya dan dibacanya: "Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, hilangkanlah daripadaku segala kebingungan (stress) dan kedukaan."
( بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم. اللهم اذهب عني الهم و الحزن )